Wednesday, May 9, 2012

Thursday, January 26, 2012

PEMBANGUNAN :PEMUSNAH ATAU PEMBANGUN PERADABAN

Pada 9 Januari yang lalu satu sidang akhbar telah diadakan oleh NGO PERDABADAN Persatuan Sejarah dan Warisan Peradaban Melayu P.Pinang. Penasihanya YB Mohd Farid telah membuat kenyataan akhbar menyokong supaya kampung tersebut dijadikan sebagai kampung warisan dengan campur tangan Kementerian yang berkaitan dengannya.

Prof Sohami Aziz memberikan pandangan yang konkrit supaya pewartaan Batu Uban menjadi kampung warisan mesti berdasarkan pelan yang konkrit bukan sekadar desakan semata-mata.

Pada sebelah petangnya telah di adakan sidang akhbar di USM.Profesor Mohamad Hj Salleh menyatakan pembangunan kini begitu kejam terhadap sejarah,warisan dan peradaban bangsa kita terutama terhadap orang-orang Melayu di P.Pinang. Habitat mereka menjadi semakin sempit dan amat terancam apabila bertembung dengan pembangunan.

Dasar dan hala tuju pembangunan seperti ini mestilah diubah.Ini bukan pembangunan yang sebenarnya.Sebagai contoh hotel di negara maju dibuat jauh daripada pantai dan laut. Mereka menghormatinya sebagai hak-hak awam. Di Britain bangunan warisan dipertahankan walau dibeli oleh sesiapa tidak mudah dihapuskan untuk selain daripadanya.

Kesilapan rakyat terutama orang Melayu ialah mereka terlalu percaya kepada pemimpin dan menyerahkan nasib ditentukan oleh pemimpin yang dipercayai secara melulu. Jadi rakyat menjadi bisu dan tidak vokal apa lagi memberontak terhadap bentuk pembangunan yang mencabut akar umbi kehidupan mereka. Kepupusan ratusan kampung tidak mejadi isu kononnya demi pembangunan kita mesti berkorban.

Tinjauan menunjukkan bilangan Melayu di Daerah Timur Laut PP hampir pupus . Ia dimonopoli oleh orang bukan Melayu dan orang luar menerusi pembangunan mewah dan mahal untuk pasaran terbuka.

Kini daerah Barat Daya terutama Balik Pulau pula menjadi sasaran rumah berharga RM 500,000 ke atas Di Teluk Bahang terdapat rumah berharga RM 700,000 di tengah-tengah kampung Melayu Teluk Awak.

Jika trend menjual tanah di kalangan Melayu berterusan kerana nilainya yang melambung alamat kita menjual masa depan.Tanah dan hartanah tersebut tidak akan kembali lagi kepada kita. Orang membeli masa depan.Kita sebaliknya menjual masa depan kerana tarikan masa kini.

Sunday, January 8, 2012

a PENULIS : MOHD SALLEH YAHAYA AKTIVIS SEJARAH DAN WARISAN PULAU PINANG . BELIAU MEMPERJUANGAN PELESTARIAN ZON WARISAN MELAYU PULAU PINANG. SELAMATKAN KAMPUNG TRADISI TG TOKONG DAN BATU UBAN DARIPADA KEMUSNAHAN DI BUMI MALAYSIA OLEH TANGAN-TANGAN GANAS MAKHLUK PEROSAK ATAS NAMA PEMBANGUNAN



KAMPUNG BATU UBAN TUNGGU MASA UNTUK DILENYAPKAN - PEMBANGUNAN KOMESIAL YANG MENGHIMPIT

SELAMATKAN BATU UBAN - TAPAK WARISAN DAN PERADABAN MELAYU PULAU PINANG

Satu lagi tapak perkampungan Melayu yang terunggul di P.Pinang bakal tersungkur ranap dan hilang pupus daripada pemandangan apabila pembangunan pesat dan arus deras komersialisme yang gagah dan rakus mengambil tempat di Batu Uban P. Pinang.

Sebelumnya perkampungan Melayu Bukit Kecil dan beberapa tempat hilang lenyap di depan mata tanpa usaha mengatasinya. Kita pun seperti merelakan. Apa boleh buat sudah suratan. Terima sajalah takdir yang berlaku. Mungkin ada hikmah disebalik pembangunan.

Terletak di halaman hadapan USM, universiti penyelidikan tersohor yang berdiri megah sejak tahun 1969. Dalam kerangka pembangunannya selama 40 tahun lebih bagaimana institusi tersebut boleh terlepas pandang tentang nilai sejarah dan peradaban yang begitu tinggi di persekitarannya. Dalam lengkongan dan spektrumnya pula. Daya pengesanannya mesti tajam.

Bahawa P.Pinang punya sejarah dan warisan gemilang sebelum penjajah tiba. Para peneroka dan tokoh-tokoh kita telah memulakan proses perbandaran dan asas ketamadunan. Lama sebelum datangnya pemodenan. Mereka telah memulakan tamadun bangsa.

Pelabuhan, pusat pentadbiran, institusi pendidikan dan kawasan strategik. Berbagai misi serta gagasan telah pun dimulai. Merekalah yang meletakkan batu asasnya. Ternyata tempat yang mereka buka telah menjadi pusat pertumbuhan termaju termasuk USM sendiri.

Tidak jauh daripada USM terdapat rumah warisan Syed Sheikh Al Hadi dan pusara Allahyarham, Masjid Jamik Jelutong yang didirikan oleh Datuk Nakhoda Kecil pembuka Tanjong Penaga yang kini bernama George Town, perkuburan Datuk Keramat seorang peneroka dan ulama dari Aceh, rumah penulis novel Melayu yang pertama Ahmad Rashid Talu, Bukit Tok Setia dan Datuk Janaton di mana bertempatnya USM Minden P.Pinang kini.

Umum mengetahui rumah bersejarah Syed Sheikh Al Hadi sudah jadi apa ? Kita sekadar boleh menyebut rentetan keunggulannya. Tokoh yang memulakan gerakan Islah di Malaya dengan penerbitan Majalah Al Imam. Tokoh pendidikan Islam moden dengan terasasnya Madrash Al Masyhur, tokoh persuratan dan pesuratkhabaran dengan terasasnya akhbar Saudara dan The Jelutong Press dan Pengarang emansipasi wanita Hikayat Faridah Hanum.

Malangnya rumah bersejarah tersebut kini terlepas daripada jangkauan kita dan lebih memilukan sekali apabila ditukar menjadi rumah peribadatan. Sebelumnya rumah tokoh besar sehebat Shakespeare. Mungkin kita boleh menyebut retorika “Hanya bangsa yang besar mengenang jasa para tokoh dan pahlawannya”. Kita telah gagal untuk menghargainya.

Harta intelek yang tidak ternilai ini telah terbazir dan disia-siakan begitu saja. Bagaimana kita hendak standing dengan bangsa-bangsa yang besar. Mereka menghargai jasa para tetokoh dan leluhurnya. Sedangkan kita tidak. Kita sekadar menyebut dalam sejarah tetapi kenyataannya warisan yang hidup, lenyap dan pupus di depan mata secara sedar.

Kini sebuah lagi perkampungan Melayu yang bersejarah BATU UBAN bakal menjadi mangsa pembangunan. Juga sedang berlaku di depan lensa kita. Kajian demi kajian telah didedahkan tentang nilai sejarah dan peradaban yang tercetus di kampung ini. Adakah sekali lagi kita akan terlelap, tidur berdengkur dan terus melupakan implikasi pahit yang memilukan ini.

Profesor Dr Ahmad Murad Merican daripada Universiti Petronas di Perak menyatakan bahawa Batu Uban adalah pelabuhan yang pertama sebelum George Town. Dibuka oleh Datuk Nakhoda Nan Intan dengan restu baginda Sultan Kedah Tuanku Muhamad Jiwa , 50 tahun sebelum kedatangan Kepten Francis Light pada tahun 1786.

Buktinya terdapat masjid yang didirikan oleh beliau hingga kini. Penemuan demi penemuan telah didedahkan namun gagal menangkap sensitiviti para pemimpin kita. Rasanya bagaimana hendak menyampaikan mesej supaya para pembuat dan pelaksana dasar terjaga dan tersadar .

Ini isu dan krisis penting yang mencabar maruah kita dan mesti diselamatkan. Sebahagian kita kini sedang mamai dan mabuk dengan pembangunan dolar and sen yang memukau. Hakikatnya kita telah terpinggir dan mengalami kepupusan dari segi budaya dan jati diri.

Bahaya telah menimpa ke atas generasi kini apabila melupakan sejarah dan merosakkan asas-asas ketamadunan bangsa. Apa yang hendak kita wariskan kepada mereka bahawa kita punya sejarah dan tamadun yang gemilang. Hanya kenyataan kosong tanpa bukti.

Mahukah kita meninggalkan sejarah kosong yang bakal diisi oleh orang lain yang tidak ada kena mengena dengan kita. Jauh sekali untuk menghargainya. Mereka punya sejarah dan pentingkannya seperti yang ketara bila P.Pinang diisytiharkan Bandar Raya Warisan Dunia oleh UNESCO.Bagi mereka sejarah hanya bermula di era penjajahan. Kita pun tidak menafikannya.

Batu Uban adalah sebuah bandar dalam peta lakaran Kepten Walter Avis, peta pertama Inggeris sebelum membuka P.Pinang. Ia adalah pusat pengajian dan tumpuan ulama. Ia telah menjadi pelabuhan penghubung di antara P.Pinang dengan Alam Melayu.

Ia adalah pusat pentadbiran sebelum era penjajahan. Baginda sultan Kedah berangkat ke sini dalam lawatannya ke Pulau Pinang. Jika Inggeris melakarnya sebagai bandar. Tentu ianya penting dan punya nilai.

Di sini juga tercetusnya masyarakat Jawi Pekan atau Jawi Peranakan hasil perkahwinan Melayu dengan Arab. Di sini banyak bermulanya peradaban terawal, termasuk pusat pentadbiran dan kosmopolitan Alam Melayu, Nusantara dan Lautan Hindi hingga ke Hadramaut mengikuti kajian Profesor Dr Murad Merican yang mendedahkannya sejak 5 tahun yang lalu.

Ia adalah LIVING HERITAGE yang perlu dipelihara dan dipulihara supaya hidup berkembang menjadi kebanggaan warisan kita di Malaysia. Langkah yang strategik amat perlu bagi menyelamatkannya. Kerjasama semua pihak didambakan untuk melestarikannya. Terutama kepada kementerian yang berhubung dengan warisan dan kerajaan negeri P.Pinang sendiri.




Friday, January 6, 2012

Siapa peduli :BATU UBAN Tapak Sejarah dan Warisan Melayu sebelum Penjajahan

PERKAMPUNGAN MELAYU BATU UBAN BAKAL PUPUS TINGGAL NAMA DAN SEJARAH

Rentetan di bawah ini memperihalkan apa yang sedang berlaku tetapi tidak mendapat respons daripada pihak yang berautoriti dan ahli akademik sehingga menimbulkan pertanyaan SIAPA PEDULI ?

v PATUTKAH PERKAMPUNGAN MELAYU BATU UBAN DIKORBANKAN KERANA PEMBANGUNAN KOMERSIAL YANG RAKUS

v Batu Uban adalah aset bagi Peradaban Melayu dan Tamadun Islam di Malaysia.Terletak dekat dengan pusat kajian tersohor universti penyelidikan USM. Dalam lengkongan USM ada rumah bersejarah Syed Sheikh Al Hadi, masjid Jelutong,perkuburan Datuk Keramat dll. Terabai dan akan hilang tanpa kepedulian termasuk Batu Uban - masih boleh diselamatkan

v BATU UBAN PETEMPATAN,PELABUHAN DAN TEMPAT BERSEJARAH PERTAMA SEBELUM BERMULANYA ERA PENJAJAHAN DI P.PINANG PADA TAHUN 1786 M - BUKTI PETA TERAWAL KEPTEN WALTER AVIS DAN KAJIAN PROFESOR AHMAD MURAD MERICAN

v Nasib Warisan Melayu dan Islam tidak terbela dan beransur lenyap selepas 55 th merdeka

v WARISAN PENJAJAH DAN KAUM IMIGRAN MENDAPAT PENGIKTIRAFAN UNESCO -WARISAN MELAYU YANG HAKIKI TERLEPAS PANDANG DAN TIDAK ADA TEMPAT LANGSUNG DLM KERANGKA ZON WARISAN P.PINANG – PROF MADYA SOHAIMI AZIZ

v Warisan , Sejarah dan Peradaban Melayu dan Islam punya nilai dalam pembangunan

v Negara-negara Barat dan Timur membangun dengan pesat tetapi tidak mengetepikan sejarah dan peradaban mereka . P.Pinang hanya mengagungkan warisan penjajah dan kaum imigran tetapi mengetepikan warisan yang asal –peribumi dan bumiputeranya

v PALING KETARA P.PINANG TELAH MEMINGGIRKAN WARISAN MELAYU. MELAKA YANG TELAH MENJADI BANDAR WARISAN MELESTARIKANNYA DAN MEMULAKANNYA DENGAN WARISAN PERADABAN MELAYU DAN DIIKUTI OLEH PENJAJAH DAN KAUM IMIGRAN

v Mempertahan kampung bukan bererti menolak pembangunan- Kerajaan perlu menggazet beberapa kawasan BATU UBAN DAN TANJONG TO’ KONG sebagai zon warisan dan melestarikannya sesuai dengan nilai kewarisanan

v USM sebagai pusat ilmu dan terletak berhadapan dengan perkampungan Melayu Batu Uban patut berbuat sesuatu untuk menyelamatkannya. Warisan rumah P.Ramlee yang terkemudian boleh di selamat dan dilestarikan menerusi peranan institusi Muzium Negara Malaysia dengan penglibatan Pengarahnya Puan Zakiah Hanum. Mengapa duluan ini tidak disusuli dan dijadikan sandaran untuk diambil tindakan. SIAPA PEDULI ? Saperti kata Tun Mahathir “Those who neglect history will be condemned to face it “ - SESIAPA YANG MENGETEPIKAN SEJARAH PASTI MENERIMA PADAH.

BATU UBAN : WARISAN YANG BAKAL PUPUS DITELAH ARUS PEMBANGUNAN KOMERSIAL

Satu lagi perkampungan Melayu yang terunggul di P.Pinang bakal tersungkur ranap dan hilang pupus daripada pemandangan.Berlaku apabila pembangunan pesat arus komersialisme yang rakus mengambil tempat di Batu Uban P.Pinang. Sebelumnya perkampungan Melayu Bukit Kecil dan beberapa tempat hilang satu demi satu di depan mata tanpa usaha mengatasinya.

Batu Uban terletak di hadapan USM pusat penyelidikan tersohor yang megah berdiri sejak tahun 1969. Dalam kerangka pembangunan selama 40 tahun bagaimana institusi tersebut boleh terlepas pandang tentang nilai sejarah dan tamadun yang begitu tinggi di persekitarannya. Bahawa P.Pinang ada sejarah dan warisan gemilang sebelum penjajah tiba.

Tidak jauh daripada USM terdapat rumah warisan Syed Sheikh Al Hadi, pusara Allahyarham, Masjid Jelutong yang didirikan oleh Datuk Nakhoda Kecil pembuka Tanjong Penaga yang kini bernama George Town, perkuburan Datuk Keramat seorang peneroka dan ulama dari Aceh, rumah Ahmad Rashid Talu penulis novel Melayu yang pertama dan Bukit Tok Setia dan Datuk Janaton di mana bertempatnya USM Minden P.Pinang kini.

Semua kazanah budaya tersebut seperti tidak bernilai. Tiada kepedulian untuk melestarikannya menjadi warisan. Di luar negara tempat-tempat bersejarah seperti itu telah dikesan dan dijagai kepentingannya.Malah mereka menjangkau jauh sehingga ke luar negera.

Umum mengetahui rumah bersejarah Syed Sheikh Al Hadi sudah jadi apa ? Kita sekadar boleh menyebut rentetan keunggulannya. Tokoh yang memulakan gerakan Islah di Malaya dengan penerbitan Majalah Al Imam. Tokoh pendidikan Islam moden dengan terasasnya Madrash Al Masyhur, tokoh persuratan dan pesuratkhabaran dengan terasasnya akhbar Saudara dan The Jelutong Press dan Pengarang emansipasi wanita Hikayat Faridah Hanum.

Malangnya rumah bersejarah tersebut kini terlepas daripada jangkauan kita dan lebih malang sekali apabila ditukar menjadi rumah peribadatan. Sebelumnya rumah tokoh besar sehebat Shakespeare. Hanya bangsa yang besar mengenang jasa para tokoh dan pahlawannya. Itu sekadar retorika tetapi makna dan hakikatnya melencong jauh.

Kini sebuah lagi perkampungan Melayu yang bersejarah Batu Uban akan menjadi mangsa ditelan arus pembangunan komersial di depan mata kita. Kajian demi kajian telah didedahkan tentang nilai sejarah dan peradaban kampung ini. Adakah sekali lagi kita terlelap, tidur berdengkur dan terlena dek serik menelan sejarah pahit riwayat terakhir warisan kita.

Profesor Ahmad Murad Merican daripada Universiti Petronas di Perak menyatakan Batu Uban adalah pelabuhan yang pertama sebelum George Town. Dibuka oleh Datuk Nakhoda Nan Intan dengan restu baginda Sultan Kedah Tuanku Muhamad Jiwa , 50 tahun sebelum kedatangan Kepten Francis Light. Buktinya terdapat masjid yang didirikan beliau hingga kini.

Batu Uban adalah sebuah bandar dalam peta lakaran Kepten Walter Avis, peta pertama Inggeris sebelum mendarat dan mengisytiharkan pembukaan P.Pinang dengan memberi nama "Prince of Wales Island" atau Pulau Putera Mahkota Wales. Kepentingannya amat menonjol sehingga Inggeris melakarkanya terdapat bandar di sini.

Ia adalah pusat pengajian dan tumpuan ulama dari Alam Melayu dan dunia Islam. Ia telah menjadi pelabuhan penghubung di antara P.Pinang dengan Alam Melayu dan pusat pentadbiran. Baginda sultan Kedah sering melawatnya apabila ke Pulau Pinang. Di sini terdirinya pusat tamadun dan peradaban Melayu yang terunggul sebelum era penjajahan.

Ia juga adalah tempat tercetusnya masyarakat Jawi Pekan atau Jawi Peranakan hasil perkahwinan Melayu dengan Arab. Di sini banyak bermulanya sejarah terawal. Ia adalah LIVING HERITAGE. Kerjasama semua pihak diperlukan untuk melestarikannya. Jangan kita menjadi seperti Pak Kaduk dan Lebai Malang.Menang sorak kampung tergadai.

Juga jangan lupa amanat lama para leluhur kita apabila terpegun dengan pembangunan kebendaan yang melampau. Sanggupkah kita mengorbankan warisan kita yang asal sehingga menjadi sesuatu yang mustahil berlaku. Ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan dan musafir lalu rumah ditinggalkan.

Hakikatnya siapa yang menjadi mangsa pembangunan ? Pembangunan mesti seimbang antara tradisi dan pemodenan yang menjadi asas ketamadunan. Bukan pula kita yang menjadi agen pemangsa yang merosakkan kewujudan dan kelestariannya.