Tuesday, September 6, 2011

NAMA TOKOH-TOKOH MELAYU PULAU PINANG MENGIKUT ZAMAN

KITA BAHAGIKAN MENGIKUT ZAMAN.MANA YANG MENONJOL KITA BESARKAN NAMANYA

SEJAUH INI SEJARAH YANG DAPAT DIKESAN MENGIKUT ZAMAN IALAH PARA PEMULANYA YANG TIDAK DIKETAHUI SIAPAKAH MEREKA TETAPI AMAT BANYAK SEKALI. MEREKA YANG MENEROKA, MEMBUKA DAN MEMAJUKAN PULAU KECIL DI HADAPAN PANTAI KEDAH TERLALU RAMAI.HAMPIR SEMUA BAHAGIAN PULAU INI TELAH TERBUKA SEMASA KEDATANGAN INGGERIS.

SEJARAH PEMBUKAAN BUKAN UNTUK MEMBANGGAKAN DIRI SEBAGAI PEMILIK.SIKAP INI TIDAK ADA DALAM KAMUS MELAYU.INI ADALAH WILAYAH MEREKA UNTUK DIHUNI BERSAMA. ORANG YANG MEMBUKA IALAH ORANG YANG MENAMAI SESUATU TEMPAT.SELEPAS ITU IA MENJADI ASAS KEPADA PEMBUKAAN DAN PEMAJUAN SESUATU TEMPAT,MENJELMA MENJADI MUKIM, BANDAR DAN NEGARA.

CONTOHNYA SINGAPURA, SIAPAKAH YANG MENAMAKANNYA.SEJARAH MELAYU MENYEBUT SANG NILA UTAMA. BERKAIT DENGAN PERISTIWA LINTASAN SEEKOR HAIWAN KEPALANYA BESAR, BERBULU LEBAT HINGGA KE TENGKUK DAN LARIANNYA PANTAS.

HAIWAN APAKAH ITU DATUK BENDAHARA? KALAU TIDAK SILAP HAMBA BINATANG YG SEDEMIKIAN RUPA IALAH SINGA. LALU SANG NILA UTAMA MENAMAKANNYA SINGA PURA BERERTI KOTA SINGA.PURA BERERTI KOTA.

BEGITU JUGA DENGAN PULAU PINANG MENGIKUT CERITA LISAN YG MENAMAKAN PULAU INI PULAU PINANG IALAH SEORANG NAKHODA YG SERING BERULANG ALIK KE PULAU PINANG DALAM PERJALANANNYA MELALUI SELAT MELAKA.DATUK NAKHODA RAGAM MENAMAKANNYA PULAU PINANG.SESUAI DENGAN KEADAAN GEOGRAFINYA.SEBUAH PULAU YANG DIPENUHI POHON-POHON PINANG.

DATUK NAKHODA RAGAM JUGA MENGGELARI PULAU PINANG "PULAU KE SATU". DARI SEGI ILMU PELAYARAN "NAVIGATION" PULAU TERBESAR YG PERTAMA DALAM PELAYARAN MEMASUKI SELAT MELAKA.

KITA MULAKAN DENGAN DATUK NAKHODA RAGAM SEBAGAI TOKOH YG MENAMAKAN PULAU PINANG.

BAGAIMANA DENGAN TEMPAT -TEMPAT LAIN. PANTAI ACEH,TELUK DUYUNG,TELUK BAHANG ,BATU FERINGHI, TELUK TIKUS, TANJONG TOKONG,PULAU TIKUS,SELAT UTARA,TANJONG PUCAT MULA, SUNGAI PINANG, KUALA AWAL,BATU PUTIH, BAGAN JERMAL, TANJONG PENEGERI,TANJONG PENAGA,GELUGOR,SUNGAI NIBONG,SUNGAI ARA,KAMPUNG PALEMBANG,SUNGAI ACEH, SUNGAI PINANG,BUKIT TOK SETIA, BUKIT GAMBIR, BAYAN LEPAS, SEBERANG PAYA, BUKIT BENDERA, DATUK KERAMAT, AIR ITAM,AIR PUTIH,PANTAI EMAS, TELUK KAMPI,PANTAI KERACUT, PASIR BELANDA,GERTAK SANGGUL,TELUK KUMBAR,BAYAN LEPAS,BALIK PULAU DAN BANYAK LAGI.

SEMUA NAMA TEMPAT TELAH PUN ADA SEBELUM KETIBAAN KEPTEN INGGIRIS YG DIKATAKAN MENJUMPAI DAN MEMBUKA PULAU PINANG.SEBENARNYA PULAU INI TELAH PUN TERBUKA SEMASA KETIBAAN INGGERIS.MALAHAN SEMASA MENDARAT DI TANJONG PENAGA,KEPTEN LIGHT TELAH MEMASUKI SUATU KAWASAN YG DITADBIR OLEH DATUK NAKHODA KECIL YG TELAH MEMBUKA TEMPAT ITU 50 TAHUN SEBELUM KETIBAAN LIGHT.

SEJARAH BOLEH DIUBAH,DILAKAR SEMULA DAN DIBINA MENGIKUT ACUAN SIAPA YG BERKUASA.NAMUN SEJARAH MESTI MEMPERIHALKAN PERKARA YG MENYELURUH DAN BENAR.SEJARAH MESTI ADA LATAR BELAKNGNYA.MUSTAHIL SEJARAH PULAU PINANG BERMULA DENGAN PENJAJAHAN.

KITA MULAKAN DENGAN DATUK NAKHODA RAGAM

ABAD KE 17

TIGA NAKHODA MINANGKABAU TELAH MENGADAP BAGINDA SULTAN KEDAH UNTUK MEMBUKA BEBERAPA BAHAGIAN PULAU PINANG.MEREKA MENGADAP SYULTAN MUHAMAD JIWA.

DATUK JENATON TIBA BERSAMA DENGAN KELUARGA BELIAU NAKHODA NAN INTAN DAN NAKHODA ISMAIL PADA TAHUN 1740an.MEREKA MEMBUKA KAWASAN SEKITAR SUNGAI GELUGOR,BATU UBAN DAN TANJONG PENAGA.KAWASAN YANG MERANGKUMI PUSAT BANDAR GEORGE TOWN,JELUTONG HINGGA KE GELUGOR.

BUKTI KEDATANGAN MEREKA IALAH WUJUDNYA QURAN MINANGKABAU YG DIHADIAHKAN KEPADA BAGINDA SULTAN KEDAH ,SULTAN MUHAMAD JIWA.SATU NASKAH DARIPADA QURAN ITU ADA TERSIMPAN DI MASJID PERMATANG DAMAR LAUT BAYAN LEPAS PULAU PINANG.AL QURAN ITU BERTARIKH 1689 M

PADA AWAL ABAD KE 18 SEORANG ULAMAK ACEH TELAH MENYUSURI SUNGAI PINANG DAN MEMBUKA PERKAMPUNGAN DI JALAN PERAK. DI SEPANJANG SUNGAI ITU WUJUD PETEMPATAN ACEH DAN MASJID YG DIDIRIKAN OLEH PARA PEDAGANG ACEH.

DI KELAWAI WUJUD KAMPUNG PALEMBANG.BERMAKNA TELAH ADA PERANTAU DARI SANA BEERMASTAUTIN DI SEKITAR KELAWAI.

PADA ABAD KE 18 MUNCUL NAMA BAPU ALAUDDIN MEERA HUSSEIN LEBAI.BELIAU IALAH SAUDAGAR INDIA MUSLIM YG MEMPUNYAI HUBUNGAN RAPAT DENGAN ISTANA KESULTANAN KEDAH DI ZAMAN PEMERINTAH SULTAN ABDULLAH.

BELIAU MEMPUNYAI HUBUNGAN RAPAT DENGAN FRANCIS LIGHT DAN MENJADI WAKIL SULTAN YG MEMBAWA FRANCIS LIGHT MENDARAT DI TG PENAGA.BAPU ALAUDDIN MENJADI JURU PANDU YG MEMBAWA LIGHT MEMASUK PULAU PINANG DARI ARAH BELAKANG PULAU ATAU DARI ARAH BALIK PULAU.KETURUNAN BAPU ALAUDDIN DIANGKAT INGGERIS MENJADI ORANG KEPERCAYAAN EIC, MEMULAKAN PENTADBIRAN AWAL PULAU PINANG.

PADA ABAD KE 19 DI ZAMAN PEMERINTAHAN SYARIKAT HINDIA TIMUR INGGERIS,MUNCUL BANYAK NAMA YG BERPERANAN DALAM SEJARAH PULAU PINANG MODEN.

NAMA DATUK NAKHODA KECIL DISEBUT DALAM CATATAN INGGIRIS.BELIAU TELAH MENDIRIKAN MASJID JAMIK JELUTONG PADA TAHUN 1781 SEBELUM KETIBAAN INGGERI PADA TAHUN 1786.

MUNCUL NAMA ULAMAK TERKENAL HAJI OMAR AL BASHIR, TAJUDDIN ARIFF( ANAK BAPU ALAUDDIN), DATUK ABUDUL HAMID YG DIANGKAT WIC MENJADI MAJISTRIT PERTAMA DI MUKIM BALIK PULAU,DATUK BAHAUDDIN(ANAK ABDUL HAMID) MENJADI PENGHULU PERTAMA BALIK PULAU(1860-1917), MOHD ARIFF JUTAWAN INDIA MUSLIM YG TERKENAL, TENGKU KUDIN DAN BANYAK LAGI.

SEJARAH MEREKA DAPAT DIKESAN DARIPADA SEJARAH PEMBINAAN MASJID, TANAH WAKAF, NAMA JALAN DAN SUMBER LISAN.

DI ANTARA YG PALING TERKENAL IALAH SHEIKH YUSUF BIN SHEIKH ABDUL LATIFF.NAMA BELIAU MELEKAT PADA MASJID SHEIKH YUSUF DI JALAN AIR ITAM.BELIAU BANYAK MEWAKAFKAN HARTA UNTUK UMAT ISLAM.

RAWANA KADIR MAYDIN,CAUDER @ KADER MYDIN, KHAN MUHAMAD, MN NOORDIN, ALIM SHAH WALE, HAJI WAHAB, HASHIM YAHAYA, DAN BANYAK LAGI YG AKAN DIBONGKAR.

PADA ABAD KE 20

BANYAK SANGAT TOKOH YG MUNCUL DAN AKAN DISINGKAP DENGAN CERMAT.

Sunday, September 4, 2011

AJK PENAJA "PERSAMA" PERSATUAN SEJARAH DAN WARISAN MELAYU -ISLAM PULAU PINANG

JAWATANKUASA PENAJA PERSATUAN SEJARAH DAN WARISAM MELAYU-ISLAM PULAU PINANG

PENGERUSI : MOHD SALLEH BIN YAHAYA
SETIAUSAHA : JOHAR BIN ISMAIL
AJK : AMEEN HUSSAINI MOHD SALLEH
ABDUL WAHAB SINEY IBRAMSA
HAJI ABDUL RAHMAN BIN ZAKARIA
SALLEHUDDIN BIN BIYAZID KHAN
JAMAL BIN MOHD SULTAN


SEORANG PENGUNJUNG BARAT TELAH MELAWAT KE KUBUR KEPTEN FRANCIS LIGHT DI LEBUH LIGHT PULAU PINANG.KUBURNYA DIPELIHARA DAN DI PULIHARA DENGAN KUKUH SEBAGAI PEMBUKA DAN PENGASAS P.PINANG.

BELIAU TIBA DI P.PINANG PADA 11 OGOS 1786 DAN MENETAP DI SINI SEBELUM MENINGGAL DUNIA PADA PENGHUJUNG ABAD KE 18. LIGHT MEMBINA PELABUHAN DAN MENGASASKAN P.PINANG MODEN MENGIKUT ACUAN BARAT.

SEJARAH MALAYSIA TIDAK MENCATATKAN BAHAWA 50 TAHUN SEBELUM KETIBAAN INGGERIS, 3 ORANG NAKHODA MELAYU TELAH MEMBUKA BEBERAPA BAHAGIAN PULAU PINANG DENGAN KEIZINAN BAGINDA SULTAN KEDAH PADA KETIKA ITU SULTAN MUHAMMAD JIWA.

SEBELUM KETIBAAN LIGHT SEBENARNYA SUDAH ADA BANDAR,PELABUHAN DAN TAMADUN MELAYU DI P.PINANG YANG MERUPAKAN WILAYAH KESULTANAN KEDAH. BATU UBAN MENJADI PELABUHAN,PUSAT PENTADBIRAN, PUSAT PENDIDIKAN DAN PERTEMBUNGAN PARA PEDAGANG DAN ULAMA ALAM MELAYU.

TIGA ORANG NAKHODA YANG MENGAWALI JEDATANAGN INGGERIS ITU IALAH DATUK JENATON YANG MEMBUKA GELUGOR DAN BUKIT DI SEKITARNYA(KINI KAWASAN MINDEN HEIHGT DAN USM), DATUK NAKHODA NAN INTAN ATAU PENGHULU MOHD SALLEH MEMBUKA KAWASAN BATU UBAN DAN DATUK NAKHODA ISMAIL YANG LEBIH DIKENALI DATUK NAKHODA KECIL MEMBUKA TANJONG PENAGA ( KINI FORT CORNWALIS/PADANG KOTA LAMA). DISITULAH TEMPAT PENDARATAN KEPTEN FRANCIS LIGHT BERSAMA PEMBANTUNYA SEORANG SAUDAGAR INDIA MUSLIM BAPU ALAUDDIN MEERA HUSSEIN LEBAI.

SEJARAH MESTI DILURUSKAN DENGAN MEMBONGKAR APA YANG SEBENARNYA BERLAKU ! MENGAPA SEJARAH MALAYSIA TERUTAMA SEJARAH PULAU PINANG TIDAK DIKAJI SEMULA SEBAGAIMANA SEJARAH NEGERA-NEGARA MERDEKA YANG LAIN SEPERTI INDIA, INDONESIA DAN BURMA.

PROJEK RAKAMAN AWAL SEJARAH P.PINANG



IMPLIKASI SEJARAH DAN WARISAN DI PULAU PINANG

ADAKAH ORANG MELAYU PULAU PINANG TIDAK MEMPUNYAI SEJARAH SEBELUM KEDATANGAN INGGERIS ? PENDARATAN KEPTEN FRANCIS LIGHT DI PULAU PINANG PADA 11 OGOS 1786 ADALAH SATU MUSIBAH BESAR KEPADA KEDUDUKAN ORANG MELAYU SEBAGAI PENDUDUK ASAL ,SEJARAH,KETUANAN, HAK KEBUMIPUTERAAN DAN SURVIVALNYA DI PULAU PNANG.

BERMULA DARIPADA TARIKH TERSEBUT MASA DEPAN ORANG MELAYU TERGUGAT DAN TERANCAM.
DITENGGELAMKAN OLEH KAUM PENGHIJRAH YG DIBAWA SECARA TIDAK PUTUS2,DIASAK DENGAN SISTEM EKONOMI KAPITALIS YG BERMAHARAJALELA DAN BERBAGAI SISTEM YG MENAFIKAN HAK KETUANAN MEREKA.

BERMULA DENGAN PETEMPATAN KECIL DI TANJONG PENAGA(FORT CORNWALIS) SATU DEMI SATU KAMPUNG-KAMPUNG MELAYU DITELAN PEMBANGUNAN KOMERSIAL,PEMODENAN DAN URBANISASI.
PROSES INI BERLANJUTAN HINGGA KINI.SEHINGGA TIDAK ADA KAWASAN YG BOLEH DIKATAKAN KAWASAN MELAYU KERANA TIDAK DIWARTAKAN SEBAGAI ZON WARISAN.

HARI INI ADA KAMPUNG MELAYU ESOK MUNGKIN HILANG APABILA DIJUAL.TIDAK ADA USAHA UNTUK MEPERTAHANKANNYA !PENJAJAHAN TELAH BERLALU TETAPI NASIB MELAYU SEPERTI LEBIH TERUK DARIPADA KEADAAN SEBELUMNYA.

KATA HANG TUAH TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA TETAPI REALITINYA BANYAK YANG TELAH HILANG DENGAN SEDAR DIDEPAN MATA.WAJARKAN KITA MEMPERSALAHKAN KEADAAN ITU SUDAH TAKDIR APA NAK BUAT.MENGUNGKAP KATA-KATA BERERTI DARIPADA SEORANG CENDEKIAWAN TERSOHOR A.EINSTEIN

BUMI INI TIDAK SELAMAT UNTUK DIDUDUKI BUKAN KERANA TERLALU RAMAINYA ORANG-ORANG YANG RAKUS DAN JAHAT TETAPI KERANA TERLALU RAMAINYA ORANG - ORANG YANG BAIK LAGI WARAK YANG MEMBIARKAN KEMUNGKARAN BERMAHARAJA LELA DI DEPAN MATA TANPA BERBUAT APA-APA !

PROJEK RAKAMAN AWAL SEJARAH PULAU PINANG




SEJARAH DAN WARISAN MELAYU -ISLAM PULAU PINANG .MENYUSUR GALUR SEJARAH ORANG MELAYU PULAU PINANG DIPERINGKAT YANG PALING AWAL SEBELUM ERA PENJAJAHAN.PENEROKAAN YG MENARIK UNTUK DIKAJI.DATUK NENK MOYANG KITA SEEBNARNYA ORANG2 YG HEBAT.PEMBUKA DAN PEN EROKA NEGERI.BANGSA YG TIDAK MENGAKUI PENGORBANAN PARA LELUHUR DAN PARA PEMULANYA ADALAH BANGSA YANG KECIL DAN HINA. SEORANG AHLI FALSAFAH CHINA TELAH BERKATA:

SAAT JATUHNYA SESUATU BANGSA BERLAKU APABILA BANGSA ITU LUPA SEJARAH
KEULUNGANNYA DAN MENGHINA DAN MENJATUHKAN SESAMA SENDIRI !

RAKAMAN SEJARAH AWAL MELAYU P. PINANG



RAKAMAN SEJARAH AWAL PULAU PINANG SEBELUM KETIBAAN INGGERIS ADALAH PROJEK UNTUK MELAKAR SEMULA SEJARAH PULAU PINANG YANG ASAL. DIHARAP ADA PIHAK YANG SUDI MEMBANTU USAHA KECIL INI UNTUK MEMBUKTIKAN KEWUJUDAN MELAYU DENGAN KUKUHNYA DI PULAU PINANG.KAMI SEBAGAI AKTIVIS KECIL SOSIAL DAN WARISAN SEBENARNYA MENENTANG ARUS.ADAKAH USAHA INI AKAN DISAMBUT OLEH PARA INTELEKTUAL DAN KORPRAT KITA SEBAGAI SATU BENTUK AMAL SOLEH DAN AMAL JARIAH.SATU PELABURAN UNTUK MEMARTABATKAN TAMADUN DAN MARUAH MELAYU YANG SERBA DAIF DI PULAU PINANG ! AYOH MARI KITA SALING MEMBANTU UNTUK KEBAIKAN SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL MAIDAH 5: 1
YANG MAKSUDNYA :

COOPERATE WITH ONE ONOTHER IN RIGHTEONESSANG AND PIETY AND DO NOT COOPERATE IN SIN AND TRANSGRESSION

TOLONG MENOLONG DALAM BERBUAT TAQWA DAN BERBUAT KEBAJIKAN DAN JANGAN BANTU MEMBANTU DALAM BERBUAT DOSA DAN PERMUSUHAN

PENANG BEFORE FRANCIS LIGHT



PEMBENTANGAN PROFESOR MURAD UTP UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS TENTANG SEJARAH AWAL PULAU PINANG SEBELUM KEDATANGAN PENJAJAH INGGERIS YANG BERMULA DENGAN PENDARATAN KEPTEN FRANCIS LIGHT PADA 11 OGOS 1786. DALAM 1 HARI MELAYU HILANG KETUANAN DAN HAK KE ATAS TANAH AIRNYA.BERMULA DARI TARIKH TERSEBUT PULAU PINANG TERPUTUS PERHUBUNGANNYA DENGAN KESULTANAN KEDAH DAN MENJADI WILAYAH BARU KEPUNYAAN INGGERIS.SEBAB ITU ORANG MELAYU MENGUNGKAPKAN PANTUN SEJARAH : PULAU PINANG BANDAR BARU
KEPTEN LIGHT MENJADI RAJA
KALAU DIKENANG MASA LALU
RASA BERLINANG SI AIR MATA

Francis Light in Penang

WARISAN IALAH SESUATU YANG DIPERTURUNKAN KEPADA SESEORANG ATAU KELOMP[OK MASYARAKAT OLEH GENERASI SEBELUMNYA. IA MENGGAMBARKAN MEMORI DAN MELENGKAPKAN KESELURUHAN KETAMADUNAN SESUATU BANGSA.

DI PULAU PINANG PENGISYTIHARAN GEORGE TOWN BANDAR RAYA WARISAN DUNIA TELAH MENGETEPIKAN WARISAN MELAYU YANG ASAL DI DALAMNYA. INI MERUPAKAN SATU PEMALSUAN SEJARAH DAN PENAFIAN WARISAN YANG AMAT NYATA DAN MEMALUKAN.BERLAKU DI SUATU WILAYAH YANG ASALNYA BERNAMA TANAH MELAYU.

AMAT KONTRADIK SEKALI BAGAIMANA MELAKA MEMULAI DENGAN TAMADUN MELAYU DAN PULAU PINANG MENINGGALKANNYA.APAKAH TIDAK ADA ORANG MELAYU SEBAGAI PEMASTAUTIN, PARA PENEROKA , PARA PEMIMPIN YANG MELAKSANAKAN PENTADBIRAN SEBELUM KETIBAAN INGGERIS PADA 11 OGOS 1786.

NYATA PULAU INI ADALAH WILAYAH KESULTANAN KEDAH DAN BUKAN WUJUD SECARA BERSENDIRIAN. HASIL KAJIAN SEJARAH MENGESAHKAN SEBAHAGIAN BESAR TEMPAT DARIPADA PULAU, SELAT, TANJONG,TELUK,KUALA,BUKIT,PASIR,BATU,BAGAN,PERMATANG, ALOR, SUNGAI, SEBERANG,TEBING,PENGKALAN DAN SEGALA BENTUK ALAM GEOGRAFI DAN SEJARAH MELAYU TELAH PUN DIBERI NAMA.

MASYARAKAT MELAYU PULAU PINANG TIDAK BERMULA DENGAN KAUM IM1GRAN.APA YANG DIKENALI SEBAGAI JAWI PEKAN ATAU JAWI PERANAKAN.IA BERMULA DENGAN PENDUDUK ASAL KEDAH DAN DUNIA MELAYU.

MAKA WARISAN MESTI BERMULA DENGAN SESUATU YANG ASAL.BARULAH DIIKUTI DENGAN WARISAN PENINGGALAN INGGERIS DAN KAUM-KAUM LAIN SEPERTI CHINA,INDIA, SIAM,BURMA DAN LAIN-LAIN.

BERMAKNAKAH SEJARAH DAN WARISAN KEPADA KEWUJUDAN KITA ?

Sejarah membentangkan kebenaran masa lalu untuk diambil pengajaran. Memperingatkan kita tentang SURVIVAL masa kini untuk membina masa depan yang selamat dan cerah.Sesiapa yang tidak mengambil pengajaran daripada sejarah pasti akan menerima padah dan ditimpa musibah.Bagaimana?

Umat itu akan mengulangi kesilapan dan melakukan kesalahan secara berterusan. Sejarah membongkar dan memperihalkan apa yang sebenarnya berlaku.Macam mana wilayah yang bernama Tanah Melayu bertukar menjadi Malaysia dan terbentuknya sebuah PULAU china di tengah WILAYAH MELAYU.Itulah sejarah.Ia boleh dibina dan berubah.

Mengapa 4 buah negeri Melayu Melayu Utara jatuh ke tangan Thailand. Itu semua adalah sejarah yang wajar direnungkan.Renungkanlah ungkapan pepatah yang mempunyai latar belakang sejarah dan maksud yang tersirat di dalamnya.Pepatah yang diungkap setelah berlakunya peristiwa-peristiwa sejarah yang tidak menyenangkan.Betapa bijaknya datuk nenek moyang kita menghantar mesej.Namun masih gagal difahami dan tidak menjadi iktibar.Maka kita terus lesu meski pun telah setengah abad merdeka
Kita masih tetap tidak berwaspada dengannya :

YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDONG KECICIRAN
10 JONG MASUK ANJING BERCAWAT EKOR JUGA
AYAM DIKEPUK MATI KELAPARAN ITIK DI AIR MATI KEHAUSAN,
KERA DIHUTAN DISUSUI
ANAK SENDIRI MATI TAK MAKAN
MUSAFIR LALU RUMAH DITINGGALKAN

MELAYU MUDAH LUPA

Akhir kata sebagai mukadimah fikirkanlah analisis Ibn Qaldun seorang ahli sejarah dan pengkaji masyarakat yang terkenal:

BANGSA YANG TERJAJAH SENANTIASA BERKEADAAN LEMAH
RASA KALAH TELAH MENGUASAI MEREKA HINGGA TIDAK ADA KEKUATAN UNTUK BANGKIT DAN MELAWAN SEMULA
MEREKA PASRAH MENERIMA SEADANYA !

SEJARAH TELAH MERAKAMKAN TENTANG KEBANGKITAN BANGSA ARAB YANG MENGGEMPARKAN PADA ABAD KE 7 MASEHI. AMAT MENAKJUBKAN BAGAIMANA BANGSA YANG TENGGELAM DALAM KEJAHILAN TIBA-TIBA BANGUN MENJADI PEMIMPIN DUNIA DAN PENYEBAR TAMADUN YANG MENJADI ASAS KENGKITAN DUNIA MODEN.

DI ATAS ROBOHAN KOTA MELAKA
KITA BANGUNKAN JIWA MERDEKA
BERSATU PADULAH SEGENAP BAKA
MEMPERTAHANKAN HAK KEADILAN PESAKA

Pantun sejarah Dr Burhanuddin Al Helmi 1946