PARA PENCINTA SEJARAH DAN WARISAN MELAYU - ISLAM PULAU PINANG SINGKATANNYA "PERSAMA" SEBUAH NGO BEBAS YANG TERPILIH UNTUK MENGETENGAHKAN ISU SEJARAH,WARISAN DAN TAMADUN MELAYU ISLAM DI PULAU PINANG.BAHAWA PULAU INI BUKAN SEBUAH PULAU KOSONG SEBELUM KEDATANGAN BRITISH.
Sunday, September 4, 2011
PROJEK RAKAMAN AWAL SEJARAH P.PINANG
IMPLIKASI SEJARAH DAN WARISAN DI PULAU PINANG
ADAKAH ORANG MELAYU PULAU PINANG TIDAK MEMPUNYAI SEJARAH SEBELUM KEDATANGAN INGGERIS ? PENDARATAN KEPTEN FRANCIS LIGHT DI PULAU PINANG PADA 11 OGOS 1786 ADALAH SATU MUSIBAH BESAR KEPADA KEDUDUKAN ORANG MELAYU SEBAGAI PENDUDUK ASAL ,SEJARAH,KETUANAN, HAK KEBUMIPUTERAAN DAN SURVIVALNYA DI PULAU PNANG.
BERMULA DARIPADA TARIKH TERSEBUT MASA DEPAN ORANG MELAYU TERGUGAT DAN TERANCAM.
DITENGGELAMKAN OLEH KAUM PENGHIJRAH YG DIBAWA SECARA TIDAK PUTUS2,DIASAK DENGAN SISTEM EKONOMI KAPITALIS YG BERMAHARAJALELA DAN BERBAGAI SISTEM YG MENAFIKAN HAK KETUANAN MEREKA.
BERMULA DENGAN PETEMPATAN KECIL DI TANJONG PENAGA(FORT CORNWALIS) SATU DEMI SATU KAMPUNG-KAMPUNG MELAYU DITELAN PEMBANGUNAN KOMERSIAL,PEMODENAN DAN URBANISASI.
PROSES INI BERLANJUTAN HINGGA KINI.SEHINGGA TIDAK ADA KAWASAN YG BOLEH DIKATAKAN KAWASAN MELAYU KERANA TIDAK DIWARTAKAN SEBAGAI ZON WARISAN.
HARI INI ADA KAMPUNG MELAYU ESOK MUNGKIN HILANG APABILA DIJUAL.TIDAK ADA USAHA UNTUK MEPERTAHANKANNYA !PENJAJAHAN TELAH BERLALU TETAPI NASIB MELAYU SEPERTI LEBIH TERUK DARIPADA KEADAAN SEBELUMNYA.
KATA HANG TUAH TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA TETAPI REALITINYA BANYAK YANG TELAH HILANG DENGAN SEDAR DIDEPAN MATA.WAJARKAN KITA MEMPERSALAHKAN KEADAAN ITU SUDAH TAKDIR APA NAK BUAT.MENGUNGKAP KATA-KATA BERERTI DARIPADA SEORANG CENDEKIAWAN TERSOHOR A.EINSTEIN
BUMI INI TIDAK SELAMAT UNTUK DIDUDUKI BUKAN KERANA TERLALU RAMAINYA ORANG-ORANG YANG RAKUS DAN JAHAT TETAPI KERANA TERLALU RAMAINYA ORANG - ORANG YANG BAIK LAGI WARAK YANG MEMBIARKAN KEMUNGKARAN BERMAHARAJA LELA DI DEPAN MATA TANPA BERBUAT APA-APA !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment