Sunday, September 4, 2011



SEORANG PENGUNJUNG BARAT TELAH MELAWAT KE KUBUR KEPTEN FRANCIS LIGHT DI LEBUH LIGHT PULAU PINANG.KUBURNYA DIPELIHARA DAN DI PULIHARA DENGAN KUKUH SEBAGAI PEMBUKA DAN PENGASAS P.PINANG.

BELIAU TIBA DI P.PINANG PADA 11 OGOS 1786 DAN MENETAP DI SINI SEBELUM MENINGGAL DUNIA PADA PENGHUJUNG ABAD KE 18. LIGHT MEMBINA PELABUHAN DAN MENGASASKAN P.PINANG MODEN MENGIKUT ACUAN BARAT.

SEJARAH MALAYSIA TIDAK MENCATATKAN BAHAWA 50 TAHUN SEBELUM KETIBAAN INGGERIS, 3 ORANG NAKHODA MELAYU TELAH MEMBUKA BEBERAPA BAHAGIAN PULAU PINANG DENGAN KEIZINAN BAGINDA SULTAN KEDAH PADA KETIKA ITU SULTAN MUHAMMAD JIWA.

SEBELUM KETIBAAN LIGHT SEBENARNYA SUDAH ADA BANDAR,PELABUHAN DAN TAMADUN MELAYU DI P.PINANG YANG MERUPAKAN WILAYAH KESULTANAN KEDAH. BATU UBAN MENJADI PELABUHAN,PUSAT PENTADBIRAN, PUSAT PENDIDIKAN DAN PERTEMBUNGAN PARA PEDAGANG DAN ULAMA ALAM MELAYU.

TIGA ORANG NAKHODA YANG MENGAWALI JEDATANAGN INGGERIS ITU IALAH DATUK JENATON YANG MEMBUKA GELUGOR DAN BUKIT DI SEKITARNYA(KINI KAWASAN MINDEN HEIHGT DAN USM), DATUK NAKHODA NAN INTAN ATAU PENGHULU MOHD SALLEH MEMBUKA KAWASAN BATU UBAN DAN DATUK NAKHODA ISMAIL YANG LEBIH DIKENALI DATUK NAKHODA KECIL MEMBUKA TANJONG PENAGA ( KINI FORT CORNWALIS/PADANG KOTA LAMA). DISITULAH TEMPAT PENDARATAN KEPTEN FRANCIS LIGHT BERSAMA PEMBANTUNYA SEORANG SAUDAGAR INDIA MUSLIM BAPU ALAUDDIN MEERA HUSSEIN LEBAI.

SEJARAH MESTI DILURUSKAN DENGAN MEMBONGKAR APA YANG SEBENARNYA BERLAKU ! MENGAPA SEJARAH MALAYSIA TERUTAMA SEJARAH PULAU PINANG TIDAK DIKAJI SEMULA SEBAGAIMANA SEJARAH NEGERA-NEGARA MERDEKA YANG LAIN SEPERTI INDIA, INDONESIA DAN BURMA.

No comments:

Post a Comment