WARISAN IALAH SESUATU YANG DIPERTURUNKAN KEPADA SESEORANG ATAU KELOMP[OK MASYARAKAT OLEH GENERASI SEBELUMNYA. IA MENGGAMBARKAN MEMORI DAN MELENGKAPKAN KESELURUHAN KETAMADUNAN SESUATU BANGSA.
DI PULAU PINANG PENGISYTIHARAN GEORGE TOWN BANDAR RAYA WARISAN DUNIA TELAH MENGETEPIKAN WARISAN MELAYU YANG ASAL DI DALAMNYA. INI MERUPAKAN SATU PEMALSUAN SEJARAH DAN PENAFIAN WARISAN YANG AMAT NYATA DAN MEMALUKAN.BERLAKU DI SUATU WILAYAH YANG ASALNYA BERNAMA TANAH MELAYU.
AMAT KONTRADIK SEKALI BAGAIMANA MELAKA MEMULAI DENGAN TAMADUN MELAYU DAN PULAU PINANG MENINGGALKANNYA.APAKAH TIDAK ADA ORANG MELAYU SEBAGAI PEMASTAUTIN, PARA PENEROKA , PARA PEMIMPIN YANG MELAKSANAKAN PENTADBIRAN SEBELUM KETIBAAN INGGERIS PADA 11 OGOS 1786.
NYATA PULAU INI ADALAH WILAYAH KESULTANAN KEDAH DAN BUKAN WUJUD SECARA BERSENDIRIAN. HASIL KAJIAN SEJARAH MENGESAHKAN SEBAHAGIAN BESAR TEMPAT DARIPADA PULAU, SELAT, TANJONG,TELUK,KUALA,BUKIT,PASIR,BATU,BAGAN,PERMATANG, ALOR, SUNGAI, SEBERANG,TEBING,PENGKALAN DAN SEGALA BENTUK ALAM GEOGRAFI DAN SEJARAH MELAYU TELAH PUN DIBERI NAMA.
MASYARAKAT MELAYU PULAU PINANG TIDAK BERMULA DENGAN KAUM IM1GRAN.APA YANG DIKENALI SEBAGAI JAWI PEKAN ATAU JAWI PERANAKAN.IA BERMULA DENGAN PENDUDUK ASAL KEDAH DAN DUNIA MELAYU.
MAKA WARISAN MESTI BERMULA DENGAN SESUATU YANG ASAL.BARULAH DIIKUTI DENGAN WARISAN PENINGGALAN INGGERIS DAN KAUM-KAUM LAIN SEPERTI CHINA,INDIA, SIAM,BURMA DAN LAIN-LAIN.
No comments:
Post a Comment